12 JANUARI 2026 | PROGRAM DERMA DARAH PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 95
12.1.2026 | Program Derma Darah
Program Derma Darah anjuran Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi (Tabung Darah), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah berjaya dilaksanakan pada 12 Januari 2026 dengan penuh semangat kesukarelawanan dan keprihatinan. Program ini menjadi medan kebajikan yang menyatukan warga PHT dalam usaha menyumbang kepada keperluan bekalan darah demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
Seramai 53 orang telah mendaftar sebagai penderma, membuktikan tahap kesedaran dan komitmen tinggi warga institusi terhadap tanggungjawab sosial. Hasil daripada program ini, sebanyak 50 beg darah telah berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada pihak hospital bagi kegunaan pesakit. Walaupun terdapat 3 orang tidak dapat menderma disebabkan faktor kesihatan seperti bacaan darah yang tidak stabil, kehadiran dan niat murni mereka tetap amat dihargai.
Turut meninjau pelaksanaan program ialah YBrs. En. Ishamuddin Ishak, Pengarah PHT diiring oleh beberapa orang pensyarah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak HSNZ, para petugas kesihatan, urus setia serta semua penderma yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi amal kebajikan yang berterusan serta menyemai budaya prihatin dan kasih sayang dalam kalangan warga PHT.

