PROGRAM LPPKN BERSAMA PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 122
11.8.2025 | Program LPPKN Bersama PHT
Politeknik Hulu Terengganu (PHT) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menganjurkan program kesedaran keluarga sejahtera, membudayakan nilai kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan kesejahteraan komuniti.
Pengarah PHT, Encik Ishamuddin Ishak turut turun padang meninjau dan turut sama melakukan pemeriksaan kesihatan. Mengiringi beliau ialah Encik Khairul Mohd Azemi, Timbalan Pengarah PHT.
Program hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim tubuh (BMI), glukos, kolestrol serta saringan kanser reproduktif wanita.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, malah menggalakkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri dan keluarga. LPPKN akan berada di PHT selama satu hari.
Bersama membina keluarga bahagia, masyarakat harmoni dan negara makmur.

