PROGRAM IKHLAS RAMADHAN DI PUSAT ISLAM
- Details
- Webmaster
- Hits: 220
06.05.2021 - Program Ikhlas Ramadan Di Pusat Islam
Bertempat di Pusat Islam Al Hijrah program memasak bubur lambuk dan makanan berbuka untuk seluruh warga PHT serta untuk dihantar ke Madrasah Tahfiz Kuala Jeneris telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama pekerja kebersihan PHT, pensyarah JPH, Kelab Kebajikan Staf dan pelajar DUP 4 yang mengambil kursus Event Managment pada semester ini.
Pengarah PHT, Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali, A.N.S bersama Ketua Unit HEP, Abdullah @ Yusof Yaacob juga turut sama ke tapak program bagi memasak menu berbuka dan bubur lambuk.
Menu berbuka pada kali ini nasi minyak serta bubur lambuk resepi Kuala Jeneris. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.
#politeknikhuluterengganu
#politeknikmalaysia
#phtleadsyourfuture
#imtvet