15.06.2021- Program PHT PRIHATIN

15 Jun 2021 jam 10.00 pagi bertempat di Kamsis Lelaki PHT, YBrs. Tn. Hj Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali, A.N.S, Pengarah PHT mengadakan perjumpaan ringkas dengan mengikut SOP KKM yang telah ditetapkan bersama pelajar-pelajar yang terkandas di kamsis semasa PKP 3.0. Program ini bertujuan untuk memberi kata-kata semangat dan sedikit sumbangan hamper sebagai tanda prihatin dan cakna PHT terhadap kebajikan pelajar-pelajar semasa situasi COVID ini. Seramai enam (6) orang pelajar lelaki PHT masih di Kamsis berikutan kawasan rumah mereka dalam zon PKPD. Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik, Pn. Wan Norliana Wan Sulong dan Dr. Hj Abu Bakar Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PHT.