1.12.2022 - Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah bekerjasama dengan Persatuan Pemandu Pelancong Alaf Baharu (3PAB). PHT telah diwakili oleh YBrs. Tn. Hj. Azahan bin Haji Daud, Pengarah PHT dan En. Che Ahmad Che Long mewakili 3PAB dalam majlis menandatangani sijil kolaborasi CoC pada 29.11.2022. Turut hadir semua pensyarah dan pelajar dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 'Sharing session' antara 3PAB juga turut diadakan bagi mendedahkan pelajar kepada kerjaya pemandu pelancong. Terima kasih diucapkan.