MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI PHT
- Details
- Webmaster
- Hits: 522








23.8.2022 - Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Politeknik Hulu Terengganu telah diadakan pada 23 Ogos 2022 bertempat di Dataran Penyu, PHT. Sambutan Bulan Kebangsaan PHT kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bakal diadakan yang mana objektifnya adalah untuk memupuk semangat cintakan negara serta memperingati pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan tanahair tercinta dari penjajah. Aktiviti yang bakal diadakan juga bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan yang ke-65 'Teguh Bersama'. Gimik perasmian pada kali ini ialah dengan melepaskan burung merpati oleh Pengarah PHT, YBrs. Hj. Azahan Bin Haji Daud bersama pihak pengurusan tertinggi Politeknik Hulu Terengganu yang lain. Wakil pelajar PHT juga menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil pengurusan PHT sebagai simbolik bulan kebangsaan di PHT.