6.12.2021 - Lawatan Perbincangan Kolaborasi ke Akademi BOMBA.
 
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) dan Unit Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PHT telah mengadakan satu lawatan perbincangan kolaborasi bersama pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Terengganu. Antara objektif perbincangan kolaborasi ini diadakan adalah bertujuan:
1) Perkongsian Kepakaran dalam Bidang Rekreasi
2) Persijilan Profesional
3) Latihan dan Kursus berkaitan rekreasi dan keselamatan
4) Persetujuan guna sama fasiliti dan kemudahan
 
Semoga dengan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada dua belah pihak.