18.03.2021 - Lawatan Kerja PMK ke PHT
 
Seramai enam orang pegawai dari Politeknik Melaka (PMK) telah ke Politeknik Hulu Terengganu (PHT) hari ini bagi mengumpul maklumat pembinaan kampus baharu yang dijangka bermula tahun 2026 nanti. Lawatan kerja ini berlangsung selama sehari dengan melihat rekabentuk bangunan, ruang dan juga fasiliti yang ada di PHT untuk dijadikan benchmarking dalam penyediaan kertas kerja rekabentuk bangunan pembinaan kampus bahru PMK. Lawatan kerja ini telah dirai oleh Pn. Wan Norliana Wan Sulong, Timbalan Pengarah Akademik, PHT, bersama lima pegawai lain.