4.1.2022 - Kunjungan Hormat SKMM Terengganu dan Telco ke PHT
 
Mesyuarat Kunjungan Hormat SKMM Terengganu & Telco ke PHT telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Harmoni hari ini. Kunjungan hormat ini telah dirai oleh Pengarah PHT, Hj. Azahan Haji Daud bersama timbalan. Seramai 4 orang pegawai dari SKMM Terengganu hadir ke mesyuarat ini iaitu YM Tengku Osmawi bin Raja Mustafa,Pengarah Seksyen Pembangunan,En Ahmad Baihaqi bin Zinbahar, Pengarah Seksyen Kawal Selia, En Airilfikri Haqimi bin Johari, Timbalan Pengarah, Unit Perancangan & Pelaksanaan Infrastruktur, En Ahmad Fazley bin Ahmad Suhaimi, Timbalan Pengarah, Unit Advokasi, Perkhidmatan dan Pentadbiran. Turut sama dari pihak Celcom En Hasbullah Abd Majid Che Chik, En Zaidi Razab dan 3 orang wakil dari kontraktor Celcom.