21.8.2025 | Kunjungan Hormat Naib Presiden MUBARAK Kepada Pengarah PHT
 
 
Hari ini Pengarah PHT, Encik Ishamuddin Ishak telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Dato' Dr Abdul Latiff Awang di pejabatnya. Pertemuan satu jam lebih itu menjadi medium mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak serta membuka ruang perkongsian pandangan mengenai isu-isu semasa dalam bidang pendidikan, kepimpinan dan pembangunan insan. Kunjungan ini turut menyerlahkan komitmen MUBARAK dalam menyokong agenda pendidikan negara melalui kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi.
 
Pengarah PHT menyambut baik kunjungan ini dan menzahirkan penghargaan atas inisiatif MUBARAK yang prihatin terhadap pembangunan modal insan generasi muda. Pertemuan tersebut diharap menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan, khususnya dalam usaha memperkukuh budaya ilmu, integriti, serta perpaduan dalam kalangan warga politeknik. Pertemuan ini juga antara lain bertujuan bagi mendapatkan maklumat serta gambaran jelas mengenai institusi dalam usaha beliau menyiapkan penulisan buku yang sedang diusahakan. Semoga hubungan mesra ini terus diperkasakan demi manfaat bersama.