Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui Laman Web Rasmi Politeknik Hulu Terengganu (PHT) di https://.pht.mypolycc.edu.my

 

Keselamatan Data
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari https://pht.mypolycc.edu.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 

Pautan
Walaupun https://pht.mypolycc.edu.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Politeknik Hulu Terengganu dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

 

Fail Log
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Politeknik Hulu Terengganu, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

 

Cookies
Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walaubagaimana pun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

 

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

 

Pertanyaan atau Aduan
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi https://pht.mypolycc.edu.my bolehlah menghubungi kami.

 

Maklumbalas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.