8.10.2022 - Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Hulu Terengganu pada 8 Oktober 2022. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan, Liga Penalti Futsal, Memanah Tradisional,Pameran Agensi Kerajaan, Senamrobik dan Jom Cuba Paintball. Hadiah- hadiah menarik disediakan disepanjang program berlangsung. Jom turut sama memeriahkan Hari Sukan Negara yang julung kalinya diadakan di Politeknik Hulu Terengganu.