Pengenalan

Perpustakaan Politeknik Hulu Terengganu (PHT) merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan pelajar – pelajar pada masa hadapan. Fungsi asas sesebuah perpustakaan adalah untuk mengumpul, memproses, mengagih, menyimpan dan mempraktikkan maklumat yang diperolehi dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti perpustakaan Perpustakaan PHT diketuai oleh seorang ketua unit dan dibantu oleh seorang pembantu pustakawan. Unit ini berada di bawah pemantauan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

 

Objektif

i. Menyediakan bahan rujukan dari pelbagai sumber di dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Hulu Terengganu.

ii. Mewujudkan persekitaran yang kodusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.

iii. Menyimpan dan memelihara koleksi/bahan Perpustakaan Politeknik Hulu Terengganu.

 

Waktu Perkhidmatan

  • Ahad – Rabu  (9.00 Pagi hingga 5.00 Petang)
  • Khamis (9.00 Pagi hingga 3.30 Petang)
  • Jumaat / Sabtu dan Cuti umum - Tutup

**Pertukaran waktu tertakluk kepada pindaan.