Unit Hal Ehwal Pelajar
- Details
- Webmaster
- Hits: 1685
Pengenalan
Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) ditubuhkan untuk menjaga pembangunan sahsiah, kebajikan dan data pelajar. Unit ini bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan yang berbentuk akademik dan bukan akademik, kebajikan dan disiplin pelajar serta mengurus pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lama. Fungsi UHEP jelas apabila wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali sebagai Akta 174.
Objektif
- Menyebar luas maklumat kemasukan ke Politeknik.
- Merancang, mengemaskini dan melaksanakan kemasukan pelajar baru dan lama.
- Menyelesaikan Pendaftaran Pelajar Baru dan lama pada hari yang dijadualkan.
- Mengadakan Minggu Suai Kenal sekurang-kurangnya 3 hari selepas hari pendaftaran.
- Mengemaskini rekod dan data pelajar yang dan mengeluarkan rekod input,enrolmen dan output (IEO) pelajar dalam semester semasa.
- Merancang dan melaksanakan amalan hidup pelajar berdisiplin dan bersahsiyah yang luhur.
- Menjaga kebajikan pelajar secara berterusan melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan atau badan berkanun atau swasta dengan menyediakan bantuan kewangan yang berbentuk dermasiswa, atau biasiswa atau pinjaman.
- Menganjur, memantau dan membantu pelajar untuk sebarang aktiviti aktiviti kelab dan persatuan akademik yang berdaftar di bawah UHEP.
- Menganjurkan pilihanraya kampus sekali setahun bagi membolehkan pelajar-pelajar memilih wakil mereka ke Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Fungsi Utama UHEP
Dua fungsi utama umum UHEP adalah seperti berikut :
i) Mengurus pengambilan dan data pelajar.
- Urusan Pengambilan Pelajar Baharu
- Urusan Pendaftaran Pelajar Baharu
- Urusan Lapor Diri Pelajar Senior
- Urusan Pertukaran Politeknik
- Urusan Pertukaran Mod Program
- Urusan Pertukaran Jenis Program
- Urusan Tangguh Pengajian
- Urusan Berhenti Pengajian
ii) Mengawal, menyelia dan menjaga kebajikan dan disiplin pelajar.
- Urusan Mengurus Bantuan Kewangan Pelajar
- Urusan Mengurus Perlindungan Insurans Pelajar
- Urusan Mengurus Tuntutan Insurans Pelajar
- Urusan Mengurus Khairat Kematian Pelajar
- Urusan Mengurus Kemalangan Pelajar
- Urusan Mengurus Surat Akuan Rawatan Pelajar
- Urusan Perancangan Dan Prosedur Pengurusan Disiplin
- Urusan Sebelum, Semasa dan Selepas Perbicaraan Tataterib Pelajar
- Urusan Mengurus Pendaftaran Kenderaan Pelajar
- Urusan Mengurus Tindakan Tatatertib Kesalahan Lalulintas
- Urusan Mengurus Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
- Urusan Mengurus Aktiiti Minggu Suaikenal (MSK)
- Urusan Mengurus perancangan aktiviti pelajar kelab/Persatuan