8.1.2026 | Majlis Penutup MTS PHT
 
Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) PHT telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Batu Bersurat pada 7 Januari 2026. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. En. Ishamuddin Ishak, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu (PHT), sebagai simbol penutup kepada satu minggu pengisian yang sarat dengan nilai pembinaan sahsiah, jati diri dan semangat kebersamaan dalam kalangan siswa baharu.
 
MTS telah berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Januari 2026. Sepanjang MTS, para siswa telah didedahkan dengan pelbagai program yang bersifat holistik merangkumi aspek akademik, disiplin, kepimpinan serta pembudayaan nilai murni selari dengan aspirasi PHT dalam melahirkan graduan TVET yang seimbang dari segi intelek, emosi dan sahsiah. Ucapan perasmian penutup oleh Pengarah PHT turut menekankan kepentingan azam, iltizam dan integriti sebagai bekalan utama dalam menempuh alam pengajian dan kehidupan kampus.
 
Semoga Minggu Transformasi Siswa ini menjadi titik tolak kepada perjalanan baharu para pelajar sebagai warga PHT yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana serta warga kerja PHT atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan program ini.
 
Hadir sama ialah Encik Khairul Mohd Azemi (Timbalan Pengarah), Puan Norimah Anuar @ Mohd Tahir (Timbalan Pengarah Akademik), Ust Wan Mohd Sabri Wan Mahmood (Ketua Jabatan JPA) dan Ust Azhar Mohd Nawi (Ketua Jabatan HEP).