22.4.2026 | Majlis Perasmian Dobi PHT
 
Majlis Perasmian Dobi Politeknik Hulu Terengganu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kafeteria Politeknik Hulu Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah PHT, En. Ishamuddin bin Ishak, bersama barisan jemputan iaitu En. Khairul bin Azemi (TPSA), Pn. Norimah bt Annuar @ Mohd Tahir (TPA), En. Fahimdin bin Mohd Kamal (Pengerusi Koperasi PHT) serta wakil pembekal peralatan dobi.
 
Perkhidmatan dobi ini diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Politeknik Hulu Terengganu dengan kemudahan lima mesin basuh dan lima mesin pengering berkapasiti 13 kg, yang disediakan bagi memenuhi keperluan warga kampus.
 
Diharapkan kemudahan ini dapat memberi manfaat serta memudahkan urusan harian para pelajar dan staf PHT, seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan di kampus.