12.4.2026 | Kunjungan Hormat Komandan Pusat Latihan RELA Wilayah Timur ke Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
 
Kunjungan tersebut telah berlangsung pada 12 April 2026 (Ahad) dengan penuh mesra dan semangat kerjasama. Delegasi RELA yang diketuai oleh Puan Norainun Shakirah binti Ismail telah disambut oleh pihak pengurusan PHT yang diketuai oleh Puan Norimah binti Annuar @ Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Akademik PHT dalam suasana yang harmoni dan profesional, mencerminkan hubungan strategik antara kedua-dua institusi.
 
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kolaborasi khususnya dalam aspek pembangunan sahsiah pelajar, latihan kepimpinan, serta penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan dan keselamatan komuniti. Pertemuan diadakan di Bilik Mesyuarat Harmoni, PHT dengan kehadiran beberapa orang barisan pengurusan PHT. Perkongsian pandangan dan pengalaman antara kedua-dua pihak membuka ruang kepada pelbagai inisiatif baharu yang berimpak tinggi kepada warga politeknik.
 
Diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara PHT dan RELA, selari dengan usaha melahirkan graduan holistik yang berdaya saing serta prihatin terhadap masyarakat. Terima kasih atas kesudian pihak RELA mengadakan kunjungan ini.