20.12.2022 - Pelajar dan staf yang berada di kampus Politeknik Hulu Terengganu(PHT) berikutan minggu peperiksaan akhir Sesi 1 2022/2023 yang mana telah terputus barangan keperluan harian telah menerima sumbangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) hari ini. Antara sumbangan yang diterima hari ini di Politeknik Hulu Terengganu daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) ialah toto, tikar, tuala, kain pelikat dan kain batik. Sumbangan barangan keperluan harian ini juga telah diserahkan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud kepada lima orang pekerja kebersihan dan pihak RELA yang bertugas pada hari ini di PHT yang mana turut terkesan dengan banjir yang melanda Daerah Hulu Terengganu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JKM di atas sumbangan yang telah diberikan.