










14.8.2022 - Pendaftaran pelajar baharu bagi ambilan SESI I 2022/2023 bagi empat program diploma di Politeknik Hulu Terengganu iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pelancongan Rekreasi, Diploma Pengurusan Resort dan Diploma Akauntansi telah berlangsung di Dewan Batu Bersurat, PHT hari ini. Seawal jam 8.00 pagi, ibu/bapa/penjaga telah hadir untuk menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar masuk program dan mendaftar masuk kolej kediaman. Selain itu, hari Pertama Minggu Transformasi Siswa (MTS) Pelajar Baharu PHT juga telah diadakan dan dipenuhi dengan slot yang menarik yang mana dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar PHT dengan kerjasama barisan Majlis Perwakilan Pelajar.