25.10.202 - SAMBUTAN HARI AKADEMIA PERINGKAT POLITEKNIK HULU TERENGGANU

Sambutan Hari Akademia Peringkat Politeknik Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Batu Bersurat, PHT hari ini melibatkan kira-kira 80 orang warga kerja PHT. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu.

Sambutan ini diadakan sebagai tanda menghargai peranan ahli akademia di PHT. Di dalam program ini juga penghargaan telah diberikan kepada semua pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020 dan pengiktirafan kepada ahli akademia yang cemerlang dalam bidang masing-masing serta telah menaikkan nama Politeknik Hulu Terengganu di peringkat Kebangsaan/ Antarabangsa bagi tahun 2021.
Program ini juga telah mengikut SOP yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.