5.10.2022 - Program Sembelihan Halalan Toyyiban telah diadakan di Madrasah Darul Ansar, Kampung Basung pada 5 Oktober 2022. Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran halalan toyyiban kepada para pelajar madrasah dan pelajar PHT serta cara-cara sembelihan mengikut syariat Islam. Program Sembelihan ini juga disertakan dengan latihan amali cara penyembelihan ayam mengikut syariat Islam. Program ini juga merupakan kolaborasi di antara Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Madrasah Darul Ansar, Bahagian Pengurusan Halal JHEAT dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS).
Turut hadir, YBrs. Tn. Hj. Azahan Haji Daud, Pengarah PHT untuk merasmikan program kolaborasi serta pembelajaran sepanjang hayat di madarasah ini.