15.04.2021 - Program Sekampit Beras Satu Keluarga
Program Puspanita PHT, Sekampit Beras Satu Keluarga telah dijalankan pada hari ini, 1 Ramadan 2021. Para pekerja pembersihan dan keselamatan telah menerima sumbangan beras yang telah disumbangkan dari pelbagai pihak kepada pihak pengurusan Puspanita sebelum ini. Sumbangan beras ini telah diserahkan oleh Pengarah PHT, Hj Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali, A.N.S bersama Naib Pengerusi Puspanita PHT, Pn. Wan Norliana Wan Sulong dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Haji Abu Bakar Zakaria. Program Sekampit Beras Satu Keluarga diteruskan lagi pada 2 Ramadan 1442H semalam. Naib Pengerusi Puspanita PHT, Pn. Wan Norliana Wan Sulong telah mengetuai pemberian sumbangan pada kali ini.Terima kasih pada para dermawan yang telah menyumbang wang mahupun beras dalam program ini.
#politeknikhuluterengganu
#politeknikmalaysia
#phtleadsyourfuture
#imtvet
#puspanitapht