10.07.2021 - Timbalan Menteri Hadir Ke Program Outreach Imunisasi Covid-19 Di PHT

Program suntikan vaksin dos pertama Covid-19 untuk seluruh warga kerja PHT dilaksanakan hari ini sempena program outreach Imunisasi Covid-19 komuniti Hulu Terengganu yang diadakan di Dewan Besar Batu Bersurat, PHT. Program ini adalah anjuran PKD KKM, MDHT dengan kerjasama PHT.

Turut hadir Dato' Hj. Rosol Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu juga mengiringi, Pengarah PHT, Tn. Hj. Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali, A.N.S, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PHT, Dr. Hj. Abu Bakar Zakaria, serta Adun Hulu Telemong, Adun Kuala Berang juga Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

#politeknikhuluterengganu
#politeknikmalaysia
#phtleadsyourfuture
#imtvet