05.05.2021 - Program Ikhlas Ramadhan PHT
Pada 05.05.2021 bertempat di Dewan Batu Bersurat PHT, satu program diberi nama Ikhlas Ramadan kelolaan pelajar DUP4 dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf PHT juga Puspanita PHT telah diadakan dengan jayanya.
Bakul Ramadan dan duit raya ini telah diserahkan kepada pekerja keselamatan dan kebersihan juga anak yatim dalam kalangan pelajar PHT oleh Pengarah PHT, YBrs. Tuan Hj. Wan Mohd Hujjatullah Wan Ghazali, A.N.S, Dr. Abu Bakar Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pn. Hajah Salwani Abdul Manan.
Sumbangan ini adalah hasil kutipan dari kelab dan Puspanita serta kutipan sumbangan dari pelbagai pihak. Terima kasih kepada semua penyumbang untuk program ini.
#politeknikhuluterengganu
#politeknikmalaysia
#phtleadsyourfuture
#imtvet