22.5.2023 - Majlis menandatangani Sijil Kolaborasi antara Politeknik Hulu Terengganu(PHT) dan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu telah diadakan bersempena dalam Program Jalinan Mesra Pengurusan LKIM Bersama Masyarakat Nelayan serta Pelajar Politeknik Hulu Terengganu yang telah diadakan di Nelayan Resort pada 21 Mei 2023. Politeknik Hulu Terengganu telah diwakili oleh Pengarah PHT, Haji Azahan Haji Daud. Program ini lebih bermakna dengan kehadiran Ts. Haji Muhamad Rumzi Bin Mamat selaku Timbalan Ketua Pengarah, TKP(P) JPPKK. Manakala bagi pihak Persatuan Nelayan Kawasan Setiu diwakili oleh Encik Omar bin Ismail selaku pengerusi persatuan dan disaksikan oleh Puan Norfajarwati Binti Baharudin, Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM. Program ini cukup meriah dengan pelbagai pengisian oleh pelajar Politeknik Hulu Terengganu, komuniti nelayan yang bernaung di bawah PNK Setiu dan wakil-wakil daripada LKIM, politeknik dan universiti awam yang berdekatan. Diharapkan melalui Program Jalinan Mesra ini dapat mengeratkan hubungan dan membina kerjasama yang kukuh sebagai usaha ‘win-win situation’ kepada semua pihak yang terlibat. Melalui kerjasama strategik ini, diharapkan dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam membuka peluang dalam perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti untuk kegunaan bersama. Selain itu, pihak PHT dan PNK Setiu juga dapat menjalankan program-program telah dipersetujui bersama pada masa akan datang. Majlis ini menandakan Politeknik Hulu Terengganu komited bekerjasama dengan industri untuk menghasilkan pelajar TVET yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.