


7.4.2022 - Mesyuarat Dan Lawatan Kerja BKIK Ke PHT
Mesyuarat Kolaborasi dan Lawatan Kerja Industri antara Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti bersama industri terapi kecantikan dan spa di kampus PHT telah diadakan pada hari ini 07/04/2022.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah BKIK, Puan Yusma bt. Yusof dan wakil industri adalah daripada Koperasi Spa Negeri Terengganu yang terdiri daripada Pemilik Warisan Spa,Jelita Spa, Nutrix Spa dan Munie's Beauty and Spa. Ia bertujuan untuk membincangkan halatuju dan perancangan kolaborasi untuk pemantapan Program Diploma Pengurusan Resort yang akan menawarkan kursus Basic Spa Operation di semester 5 nanti.