4.8.2025 | Lapor Diri Pengarah PHT
Warga Politeknik Hulu Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Encik Ishamuddin Ishak yang secara rasmi melaporkan diri untuk bertugas sebagai Pengarah Politeknik Hulu Terengganu berkuat kuasa 4 Ogos 2025. Kehadiran beliau diharapkan dapat membawa aspirasi baharu, memperkukuh prestasi, serta memacu kecemerlangan PHT dalam pelbagai bidang akademik dan pembangunan pelajar.
Dengan pengalaman, kepimpinan dan visi yang dimiliki, seluruh warga PHT bertekad untuk memberikan kerjasama penuh demi menjayakan agenda pendidikan TVET negara. Semoga dengan pelantikan ini, PHT akan terus melakar kecemerlangan, menjadi institusi TVET unggul dan terus melahirkan graduan berkualiti tinggi yang berdaya saing di peringkat global.