29.5.2025 | KURSUS PEMBANGUNAN VIDEO E-LEARNING (PdP) PHT 2025
Kursus Pembangunan Video e-Learning (PdP) PHT 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari pada 27 dan 28 Mei 2025 bertempat di Makmal Am, PHT. Seramai 10 orang pensyarah daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah terlibat dalam kursus ini. Para peserta kursus telah diberikan bimbingan oleh penceramah jemputan daripada Tarbiyyah Kreatif Consultancy iaitu Ts. Izzuddin Ismail yang turut dibantu oleh dua fasilitator.
Kursus yang dijalankan secara praktikal ini telah berjaya memberikan input yang sangat bermanfaat kepada para pensyarah terlibat dalam membangunkan video PdP AI berdasarkan silibus pilihan masing-masing. Secara keseluruhannya kursus ini berjaya memberikan input yang berguna dan amat diperlukan bagi setiap peserta dalam membangunkan video PdP AI sebagai salah satu integrasi terkini teknologi digital yang mampu menarik minat pelajar terhadap sesi PdP. Pengarah PHT, Tuan Haji Azahan Hj Daud turun meninjau perjalanan kursus pada hari tersebut.