21.8.2025 | KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PHT KEPADA KETUA POLIS DAERAH HULU TERENGGANU
Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengarah PHT, Encik Ishamuddin Ishak kepada Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, YDH Supt. Sharudin Abdul Wahab di Pejabat Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu. Serta sama dalam perjumpaan ringkas tersebut ialah ASP Muhamad Zainuddin Ab Ghani (KBPD).
Pertemuan ini menjadi medan mengeratkan hubungan strategik antara PHT dan pihak Polis Diraja Malaysia dalam usaha memperkukuh kerjasama keselamatan, disiplin serta pembangunan sahsiah pelajar.
Kunjungan ini turut membuka ruang kepada perbincangan bersama dalam memperkasakan program berteraskan keselamatan komuniti, kerjasama pencegahan jenayah, serta aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat setempat.