11.8.2025 | Kembara TVET Merdeka PHT
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, PUSPANITA Politeknik Hulu Terengganu turut terlibat dalam Program Kembara TVET Merdeka @PHT. Salah satu pengisian menarik ialah Kuiz Merdeka yang berlangsung di Pusat Sumber Al-Hikmah, PHT. Para peserta menjawab soalan berkaitan sejarah dan semangat kemerdekaan negara.
Tahniah kepada tiga peserta yang berjaya memperoleh markah penuh dan membawa pulang hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Datin Rusiah Sa’ad, Pengerusi PUSPANITA JPPKK, diiringi oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Encik Ishamuddin Ishak.
Selesai sesi kuiz, acara diteruskan dengan flag off peserta yang disempurnakan oleh Pengarah PHT, bersama Timbalan Pengarah PHT, Encik Khairul Mohd Azemi, serta Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Haji Abu Bakar Zakaria.
Semoga program ini terus membakar semangat cintakan negara, seiring dengan kemahiran yang dipupuk di PHT.