Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat adalah unit sokongan akademik yang menguruskan hal-hal pengurusan ICT di PHT iaitu:

  • Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
  • Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
  • Meningkatkan tahap kesedaran penggunaan sistem maklumat di kalangan warga PHT
  • Membangun dan menyelenggara Portal Rasmi PHT

Diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer. Unit Teknologi Maklumat PHT berada di bawah pemantauan TPSA.

 

Objektif

  • Memberi perkhidmatan ICT untuk aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyedia dan mengurus kemudahan infrastruktur teknologi maklumat
  • Membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti supaya dapat meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan PHT
  • Urusan pentadbiran server dan sistem rangkaian kampus
  • Urusan pentadbiran kewangan dan perolehan ICT
  • Urusan penyelenggaraan peralatan ICT
  • Urusan penyelarasan aset ICT 
  • Urusetia Jawatankuasa ICT (JPICT) Politeknik Hulu Terengganu

 

Fungsi / Peranan

  1. Pengurusan Sistem Rangkaian Kampus
  2. Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT
  3. Pengurusan Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
  4. Pengurusan Sistem Aduan ICT 
  5. Pengurusan Laman Web Rasmi PHT
  6. Pengurusan E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 2.0)
  7. Pengurusan Bilik Server
  8. Pengurusan Aset ICT
  9. Pengurusan Perolehan ICT
  10. Pengurusan Bilik Persidangan Video
  11. Pengurusan Projek-Projek ICT
  12. Pengurusan Sokongan Teknikal Bagi Sistem-Sistem Lain