Pengenalan

Unit Pembangunan dan Senggaraan berperanan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada warga PHT. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang dapat menjanjikan keselesaan, kesihatan dan keselamatan persekitaran fizikal PHT. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian dilakukan secara berperingkat demi memenuhi keperluan semasa warga PHT.

 

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan fasiliti terbaik kepada staf dan para pelajar PHT.
  • Merekabentuk dan mentadbir persekitaran PHT yang kondusif.
  • Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi seluruh kemudahan infrastruktur PHT.