Pengenalan

Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan PHT telah ditubuhkan dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik. Unit Keusahawanan merupakan sebuah unit sokongan akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Pengarah Politeknik. Unit Keusahawanan bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan. Di samping itu, Unit Keusahawanan juga akan melahirkan lebih ramai lagi bilangan graduat usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ke arah pencapaian status negara maju. Unit Keusahawanan di setiap politeknik adalah tertakluk di bawah penyelarasan aktiviti keusahawanan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia (CEDev), Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik. Unit Keusahawanan berperanan untuk membangunkan pendidikan keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik termasuk fungsi-fungsi berikut;

 

Visi

Sebagai pusat kecemerlangan bagi melahirkan usahawan yang kreatif dan inovatif.

 

Misi

Unit Keusahawanan PHT beriltizam melahirkan graduat politeknik yang mempunyai kompetensi dalam keusahawanan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara.

 

Fungsi / Peranan

  • Menyelaras aktiviti keusahawanan di peringkat Pusat Keusahawanan Politeknik & Kolej Komunti dan peringkat PHT .  
  • Merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti keusahawanan di PHT.
  • Menjadi pusat rujukan dan perundingan perniagaan pelajar dan alumni.