Pengenalan

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja.Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawal selia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Politeknik Hulu Terengganu telah diasaskan melalui dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan PHT. Dasar ini telah dibangunkan melalui keperluan yang telah termaktub dibawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994.

 

Objektif

Dalam Seksyen 16 Akta Keselamatan & Kesihatan pekerjaan telah menggariskan beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh majikan dan Staf. Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan pihak pengurusan PHT telah menggariskan polisi-polisi berikut:

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat,sihat dan sejahtera serta penyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan tempat, kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan ditempat kerja.
  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian merbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan kearah kemalangan sifar.
  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PHT supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
  • Merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan secara berterusan.