Pengenalan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap proses merancang, memohon, menempat, memantau dan menilai latihan industri (LI) pelajar Politeknik Hulu Terengganu. Unit ini berada di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA). Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (KUPLI) dan dibantu oleh seorang Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ).

 

Objektif

  • Mencapai 98% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri pada satu-satu semester dengan sekurang-kurangnya 50% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang.
  • Melaksanakan 100% pemantauan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.

 

Fungsi / Peranan

i. Sebelum Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  1. Menyediakan takwim aktiviti latihan industri, data pelajar yang akan menjalani latihan industri, jurnal refleksi dan garis panduan latihan industri politeknik.
  2. Melaksanakan proses pendaftaran kursus pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  3. Melaksanakan taklimat pengenalan latihan industri kepada pelajar
  4. Menguruskan permohonan tempat latihan industri pelajar.
  5. Melaksanakan taklimat persediaan latihan industri.
  6. Menguruskan persediaan pelajar untuk melapor diri di organisasi latihan industri.

ii. Semasa Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  1. Menerima dan menyimpan kad pengesahan lapor diri dan kad maklumat pelajar dari organisasi.
  2. Memantau masalah pelajar semasa latihan industri.
  3. Merancang dan menyelaras aktiviti pemantauan latihan industri.
  4. Menyediakan statistik pemantauan latihan industri.
  5. Memaklumkan pendaftaran pengesahan tamat latihan industri.

iii. Selepas Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  1. Melaksanakan pendaftaran tamat latihan industri.
  2. Melaksanakan proses penilaian latihan industri.
  3. Menyediakan statistik keputusan latihan industri.