Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Hulu Terengganu telah beroperasi pada 12 Mei 2008 iaitu  sejurus penubuhan Politeknik Hulu Terengganu. JPA terdiri daripada 2 unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Unit Bahasa Inggeris. Terdapat seramai 8 tenaga pengajar yang mendidik pelajar yang bernaung di bawah JPA iaitu 6 pensyarah Pendidikan Islam dan 2 orang Pensyarah Bahasa Inggeris.

JPA menawarkan subjek wajib kepada semua pelajar iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban dan Communicative English 1 untuk pelajar semester 1, Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam, Pengajian Islam, Nilai Masyarakat Malaysia dan Communicative 2 untuk pelajar semester 3, Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam dan Communicative English 3 untuk pelajar semester 5.

Jabatan pengajian Am juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan  kursus tambahan yang dijalankan secara berperingkat bermula dengan pelajar semester 1  sesi Disember 2015. Kursus PHT Fardhu Ain ini dicadangkan oleh mantan pengarah PHT En Abdul Razak bin Sadli sebagai satu usaha yang berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar Muslim dengan fitrah insan selaras al-Quran dan al-Sunnah. Kursus yang ditawarkan ialah Asas Solat (Semester 1), al-Quran dan Tajwid (Semester 2), Aqidah (Semester 3), Sirah (Semester 4) dan Munakahat bagi pelajar semester 5.

 

Objektif

Menjalankan aktiviti P&P untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris kepada para pelajar bagi melahirkan graduan yang berketerampilan dan berdaya saing.

Menghasilkan graduan berkualiti dan berkredibiliti yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menampung keperluan sektor awam dan swasta.