Pengenalan
Bermulanya tahun 2016, pihak JPP (Jabatan Pengurusan Politeknik) telah mengarahkan Politeknik Hulu Terengganu untuk melaksanakan dan menuju ke arah penarafan Centre of Technology (COT) berpaksikan bidang tujahan Pelancongan. COT di politeknik pula merupakan sebuah pusat di mana ilmu pengetahuan dan juga teknologi dalam bidang tujahan atau niche area di politeknik digunakan atau diaplikasi melalui pemberian perkhidmatan kepakaran, pelaksanaan penyelidikan dan inovasi,serta peningkatan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Konsep COT Politeknik diadaptasi daripada konsep Pusat Kecemerlangan of Excellence (COE) yang dibangunkan di universiti. Pelaksanaan COT di PHT juga lebih kepada dokumentasi bidang tujahan bagi penarafan sebenar COT.
Objektif
- Pengdokumentasian yang lengkap untuk tujuh elemen yang ditetapkan bagi penarafan COT.
- Membudayakan perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam bidang tujahan.
- Mempergiatkan kolaborasi dengan komuniti dan industri berkaitan bidang tujahan.
- Menggalakkan penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan bidang tujahan.
- Meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan sama ada peringkat dalam Negara atau luar Negara dalam bidang berkaitan bidang tujahan.
- Menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti khidmat kepakaran, pemghasilan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan dalam bidang tujahan.
Sejarah Penubuhan Center of Technology (CoT) di Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
i. Permulaan Sebagai PHT Travel (2018 – 2022):
Politeknik Hulu Terengganu memulakan langkah pertama ke arah pengukuhan bidang pelancongan dan keusahawanan melalui penubuhan PHT Travel, iaitu sebuah entiti anak syarikat Koperasi PHT yang beroperasi dari 21 Januari 2018 hingga 23 September 2022. PHT Travel berfungsi sebagai klinik latihan keusahawanan pelajar dalam bidang pelancongan tempat mereka belajar secara hands-on selari dengan teori dalam kelas.Melalui platform ini, pelajar berpeluang menjalani latihan sebenar dalam suasana yang menyerupai industri sebenar — pengurusan pakej pelancongan, perkhidmatan pelanggan, promosi, dan urusan pentadbiran. Ia juga menjadi batu loncatan dalam membentuk keyakinan serta kefahaman pelajar terhadap dunia keusahawanan dalam sektor pelancongan.
ii. Permohonan Penukaran CoT kepada Niche Baharu (2022):
Pada 25 September 2022, Politeknik Hulu Terengganu telah mengambil langkah strategik untuk memperkukuh hala tuju program pelancongan dengan memohon penukaran status Center of Technology (CoT) yang asalnya berteraskan PHT Travel, kepada nama dan fokus baharu iaitu “Tourism & Recreation Centre”, yang lebih menepati niche area pelancongan berasaskan rekreasi.Permohonan ini dikemukakan secara rasmi kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dengan sokongan dokumentasi penuh berkaitan pencapaian, justifikasi program, dan penglibatan industri.
iii. Fokus Baharu CoT- Tourism & Recreation Centre:
Dengan perubahan ini, CoT PHT kini berperanan bukan sahaja dalam aspek pelancongan am, tetapi memberi penekanan kepada pelancongan rekreasi, selaras dengan kemudahan dan elemen pelancongan rekreasi yang ada di Politeknik Hulu Terengganu. Sebagai Tourism & Recreation Centre, CoT ini menjadi pusat tumpuan bagi:
- Pembangunan kurikulum dan modul latihan berasaskan rekreasi.
- Projek kolaborasi bersama agensi pelancongan, NGO dan komuniti.
- Inovasi produk pelancongan dan aktiviti pelancongan rekreasi berimpak tinggi.
- Inkubator projek pelajar dalam bidang pelancongan dan rekreasi
iv. Kesimpulan:
Transformasi daripada PHT Travel kepada Tourism & Recreation Centre merupakan satu langkah berani dan berwawasan, mencerminkan kesungguhan PHT dalam menerajui bidang pelancongan teknikal dan rekreasi di peringkat nasional.