9.12.2025 | TH Gerak @PHT
Telah berlangsung dengan penuh semangat, Pembukaan Booth Tabung Haji @PHT pada 8–9 Disember 2025 yang telah membuka ruang kepada seluruh warga PHT untuk mendapatkan khidmat nasihat perkhidmatan haji, semakan akaun serta maklumat terkini berkaitan perancangan ibadah. Kehadiran pegawai Tabung Haji turut memeriahkan suasana dengan penyampaian maklumat yang mesra, mudah difahami dan sangat bermanfaat kepada pengunjung.
Turut sama ialah Encik Ishamuddin Ishak, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dan Ustaz Azhar Mohd Nawi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PHT.
Inisiatif ini bukan sahaja mendekatkan komuniti PHT dengan institusi kewangan Islam utama negara, bahkan membantu membina kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan patuh syariah dan persediaan rapi menuju Baitullah. Teruskan hadir dan manfaatkan peluang istimewa ini sepanjang dua hari berlangsungnya booth di PHT!