8.9.2026 | MAJLIS KONVOKESYEN POLYCC ZON TIMUR 2026 – PHT: SIDANG 4
Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dengan penuh rasa bangga dan sukacita merakamkan detik istimewa Majlis Konvokesyen PolyCC Zon Timur 2026 – Sidang 4 yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Seramai 170 orang graduan Politeknik Hulu Terengganu diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian dan melakar satu lagi lembaran penting dalam perjalanan akademik mereka. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi bukti kegigihan, kesungguhan dan ketekunan para graduan, malah turut mencerminkan sokongan padu para pensyarah, warga PHT serta keluarga yang sentiasa menjadi sumber inspirasi sepanjang perjalanan menuntut ilmu.
Pada Sidang 4, dijadualkan pada 7 September 2026 bagi graduan PHT bersama graduan Politeknik Jeli Kelantan dan Politeknik Kuala Terengganu. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Pengurusan & Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Hadir sama ialah Tuan Haji Ishamuddin Ishak, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu dan juga pengarah-pengarah institusi masing-masing.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh graduan PHT! Jadikanlah ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh, menyumbang kepada masyarakat serta mendepani cabaran dunia industri dengan penuh keyakinan dan integriti. Terus melangkah, terus mencipta kecemerlangan dan jadilah insan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
“TVET Tersohor Memacu Malaysia MADANI”