5.4.2026 - Bengkel Penulisan Audit Dalam
Pada 1 dan 2 April 2026 yang lalu, Pasukan Audit Kualiti Dalaman Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah mengikuti Bengkel Pemantapan Penulisan Dokumen Audit Dalaman. Penceramah jemputan untuk bengkel ini merupakan ketua unit audit dalaman daripada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu iaitu Puan Ts. Siti Safuan Binti Kamaruddin. Seramai 19 pegawai merangkap auditor dalaman telah terlibat dengan bengkel ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dalam penulisan nota audit dan dapatan bagi dokumen audit dalaman. Selain itu juga, melalui bengkel ini juga dapat memastikan dokumen yang akan digunapakai bagi pelaksanaan audit dalaman PHT mematuhi perancangan yang dibuat dengan mengadakan audit dalaman sekali dalam tempoh setahun, mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015-QMS- Requirements (First Revision) (IOS 9001:2015).