30.6.2026 | MAJLIS PENUTUP AUDIT SURVEILLANCE II
 
Alhamdulillah, Majlis Penutup Audit Surveillance II oleh SIRIM QAS International telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat JPH, Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Audit ini merupakan satu proses penilaian penting bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti Pendidikan di PHT sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan serta mengamalkan budaya penambahbaikan secara berterusan.
 
PHT berjaya mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan dengan dapatan audit "Sifar Non-Conformity Report (NCR)" serta hanya menerima dua Opportunity for Improvement (OFI) sebagai cadangan penambahbaikan. Pencapaian ini membuktikan komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga PHT dalam memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan, sistematik dan konsisten.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Jawatankuasa Kualiti, ketua-ketua jabatan, unit serta seluruh warga PHT yang telah memberikan komitmen sepanjang proses audit berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kualiti, meningkatkan kecemerlangan organisasi dan merealisasikan aspirasi PHT sebagai institusi TVET yang unggul serta berdaya saing.