29.6.2026 | Day 1: Surveillance Audit (II) by SIRIM QAS International
Hari ini telah berlangsung Hari Pertama Surveillance Audit (II) oleh SIRIM QAS International di Politeknik Hulu Terengganu (PHT) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan institusi dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Sesi pembukaan audit telah disempurnakan oleh Encik Khairul Mohd Azemi, Timbalan Pengarah PHT bagi mewakili Tuan Pengarah PHT. Hadir sama ialah Puan Norimah Annuar @ Mohd Tahir dan semua barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PHT.
Audit ini bukan sekadar proses penilaian, malah menjadi platform untuk memperkukuh budaya kualiti, meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan serta memacu penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kepada seluruh warga PHT dan para pemegang taruh.
Auditor kali ini seramai dua (2) orang iaitu Encik Muhammad Hadie Aizzat Asli dan Puan Nuraadhiah Yusoff Thani Amrullah. Sesi audit yang berlangsung mendapat kerjasama padu daripada seluruh warga PHT dan dipermudahkan sehingga selesai. Bersama-sama kita membudayakan kecemerlangan, memperkasakan kualiti, dan mengangkat nama PHT ke tahap yang lebih gemilang.
Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera UKK dan UIDM.