24.8.2026 | MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT PHT & MAJLIS PENUTUP KASUNADA26
Semangat patriotisme dan rasa cinta akan tanah air terus disemarakkan menerusi Majlis Keluncuran Bulan Kemerdekaan Peringkat Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang telah berlangsung penuh meriah di Dewan Batu Bersurat PHT pada 23 Ogos 2026. Majlis ini menjadi simbolik kepada kesatuan warga PHT dan pelajar dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, menghayati erti kebebasan serta menyuburkan rasa bangga sebagai anak Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan Majlis Penutup KASUNADA26 (Hari Sukan dan Kebudayaan PHT) yang berjaya menghimpunkan warga kampus dalam suasana penuh ukhuwah, semangat kesukanan dan kebersamaan. KASUNADA26 bukan sekadar medan mencungkil bakat dan kecergasan, malah menjadi wadah memperkukuh silaturahim, membina jati diri serta menyemai nilai kerjasama dalam kalangan warga PHT.
Kemuncak majlis apabila kedua-dua acara tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengarah PHT, Tuan Haji Ishamuddin Haji Ishak, sekali gus menyemarakkan lagi aspirasi PHT untuk terus melahirkan warga yang berintegriti, berdaya saing, bersatu padu dan berjiwa patriotik. Semoga semangat KASUNADA26 terus membara dan laungan kemerdekaan terus bergema dalam setiap jiwa warga PHT. Malaysia MADANI, rakyat bersatu, negara berdaulat!