21.6.2026 | PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2026/2027
Selamat datang diucapkan kepada seluruh pelajar baharu Sesi I 2026/2027 yang melangkah masuk ke gerbang ilmu Politeknik Hulu Terengganu. Hari pertama pendaftaran menjadi titik permulaan sebuah perjalanan baharu yang penuh dengan cabaran, pengalaman dan peluang untuk membina masa hadapan yang gemilang.
Program Minggu Transformasi Siswa (MTS) menjadi platform penting dalam membentuk jati diri, memperkukuhkan sahsiah, serta memperkenalkan warga baharu PHT kepada budaya pembelajaran, nilai kecemerlangan dan semangat kekitaan sebagai keluarga besar politeknik.
Berikut adalah sorotan gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera Unit Komunikasi Korporat Politeknik Hulu Terengganu (PHT) sepanjang berlangsungnya Hari Pertama Pendaftaran & Minggu Transformasi Siswa (MTS). Semoga setiap detik yang dirakam menjadi kenangan bermakna buat warga baharu PHT dalam memulakan langkah menuju kejayaan.