15.6.2026 | Lawatan TNB Ke PHT
 
Mesyuarat Lawatan Tapak TNB bagi Pelaksanaan Seminar Kuasa di Tangan Anda (Seminar ESG dan Pemerkasaan Diri) Bil. 1/2026 telah diadakan pada 15 Jun 2026 (Isnin), jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Harmoni, PHT. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Khairul bin Mohd Azemi dengan kehadiran ahli mesyuarat serta wakil TNB seramai lapan orang. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan diikuti dengan tayangan video ringkas mengenai PHT sebagai pengenalan organisasi.
 
Dalam sesi taklimat, wakil TNB menjelaskan bahawa program akan berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Dewan Batu Bersurat PHT dengan penglibatan seramai 350 peserta. Agenda program merangkumi perasmian, ucapan aluan Pengarah PHT, penyerahan sijil dan cenderamata, tayangan video, kuiz, serta pameran termasuk pameran kereta EV. PHT diminta menyediakan kerusi, meja, tapak pameran, serta keperluan multimedia seperti mikrofon dan laptop.
 
Selain itu, pihak TNB turut mencadangkan agar PHT mengambil peluang menandatangani MOU sebagai rakan strategik semasa program tersebut.