20.4.2026 | Program Rakan Bumi: Projek Panet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2026
Telah berlangsung pada 18 April 2026 (Sabtu) bertempat di Pulau Redang Terengganu. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq bin Johari. Seramai 34 orang pelajar PHT telah menyertai program peringkat kebangsaan ini termasuk orang pengiring iaitu Pn Nadia Nurul Adibah binti Ahmad Fuad dan Pn Nur Alia Binti Zakri.
Objektif utama program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman belia terhadap isu alam sekitar, perubahan iklim dan kelestarian bumi. Program ini juga mendedahkan belia kepada pengalaman hands-on, kreativiti dan kepimpinan dalam pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.