2.8.2026 | ACARA PELEPASAN PESERTA PERTANDINGAN POLYCC SKILLS 2026
Telah berlangsung acara pelepasan para peserta Pertandingan Kemahiran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC SKILLS) 2026. Acara pelepasan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Tuan Haji Ishamuddin bin Ishak, diiringi oleh Puan Norimah binti Annuar@Mohd Tahir (Timbalan Pengarah Akademik) serta Encik Khairul bin Mohd Azemi (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik). Turut hadir, barisan Ketua-Ketua Program serta Pensyarah di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
Bagi penyertaan POLYCC SKILLS 2026, kontinjen Politeknik Hulu Terengganu menghantar penyertaan seramai 3 peserta melalui 3 bidang pertandingan, iaitu Tali Tinggi (High Rope), Restaurant Service serta Hot Cooking yang bakal berlangsung di Kolej Komuniti Selayang dan Putrajaya Wetland Adventure Park. Pasukan POLYCC SKILLS PHT telah dibimbing oleh barisan jurulatih yang terdiri daripada barisan Pensyarah di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Hulu Terengganu.
Bagi Bidang Tali Tinggi telah dibimbing oleh Jurulatih, Encik Ahmad Fuadi bin Abdul Aziz serta Encik Muhammad Fahmie bin Azmi. Manakala, Cik Masliza binti Deraman serta Puan Nur Amira binti Mohd Ridzuan pula merupakan Jurulatih bagi Bidang Restaurant Service. Seterusnya, Bidang Hot Cooking pula dibarisi oleh Encik Afi Zuladhli bin Azmi serta Puan Nurul Huda binti Zaid selaku gandingan Jurulatih. Penyertaan Kontinjen PHT ke temasya ini telah diselia sepenuhnya oleh Puan Wan Norliana binti Wan Sulong selaku Penyelaras POLYCC SKILLS, Politeknik Hulu Terengganu.
Mewakili seluruh warga Politeknik Hulu Terengganu, semoga penyertaan PHT ke temasya POLYCC SKILLS PHT pada kali ini bakal mencipta kecemerlangan yang diimpikan, serta bakal membawa pulang kejuaraan yang diidamkan. Semoga penyertaan PHT ke pertandingan kemahiran seperti ini bakal mengangkat agenda TVET negara pada peringkat lebih tinggi, sekali gus memberi ribuan manfaat dan faedah kepada para pelajar khususnya.