18.9.2026 | PHT INDUSTRIAL SYNERGY 3.0: MEMETERAI JALINAN KERJASAMA BERSAMA 20 RAKAN INDUSTRI
Politeknik Hulu Terengganu (PHT) terus melakar sejarah menerusi penganjuran PHT Industrial Synergy 3.0: Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) dan Nota Kerjasama (NOC). Inisiatif strategik ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkasa jalinan erat antara akademia dan pemain industri.
Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dr. Teo Hong Chun, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Sebanyak 20 buah agensi dan syarikat telah tampil menandatangani persetujuan kerjasama ini, meliputi pelbagai bidang utama PHT. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan industri berikut atas komitmen padu yang diberikan. Bagi program Diploma Pengurusan Pelancongan, industri terlibat adalah Homestay Teluk Ketapang, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu Alaf Baru (3PTAB), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Terengganu (MOTAC) dan Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir Terengganu.
Bagi program Diploma Pengurusan Resort pula, D'Ammar Jaya Holidays Sdn. Bhd., Perhentian Marriott Resort & Spa and Fairfield by Marriott Kuala Besut, Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad (KOSPA), Primula by The Lake, Primula Beach Hotel dan Pulse Grande Hotel. Bagi Diploma Pelancongan Rekreasi, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM), Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Persatuan Penyelamat Akuatik Malaysia (MAQRA), Terengganu Nature Guide Association (TENAGA), Jenoba Outdoor Trading, Radiant Group dan Malaysian Challenge Course Associations (MCCA). Akhir sekali bagi program Diploma Perakaunan, Auto Count Sdn Bhd, Agensi Fathie & Sahabat dan MFA Venture Group.
Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang keemasan kepada para pelajar PHT, khususnya dalam penempatan latihan industri, perkongsian teknologi terkini, dan peningkatan kebolehpasaran graduan. Bersama kita jayakan agenda TVET negara!