

18.4.2026 | INTERNATIONAL EXCHANGE PROGRAM 2026
Majlis flag off bagi para pelajar Diploma Pengurusan Resort, Politeknik Hulu Terengganu yang akan menyertai Program International Exchange ke Batam telah diadakan pada 15 April 2025 berlangsung dengan jayanya.
Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kursus DTR40223 Meeting, Incentive, Convention and Exhibition (M.I.C.E) pelajar semester 4, yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program di peringkat antarabangsa.
Pelepasan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PHT iaitu Encik Ishamuddin bin Ishak, menandakan permulaan kepada satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, di mana para pelajar akan didedahkan dengan budaya luar, komunikasi global serta pengalaman dalam industri pelancongan dan hospitaliti.
Semoga perjalanan ini dipermudahkan dan program berjalan dengan lancar serta mencapai segala objektif yang telah dirancang