18.04.2026 | DAY 3: Program Industrial talk dan CSR di Panti Asuhan Miftahul Hasanah, Kampung Melayu Batam, Indonesia.
Perjalanan program diteruskan dengan sesi perkongsian dari pihak industri berkaitan "pelancongan dan hospitaliti: Strength and Challenges". Program khidmat komuniti telah berjaya dilaksanakan di Panti Asuhan Miftahul Hasanah sebagai sebahagian daripada inisiatif pembelajaran berasaskan pengalaman oleh pelajar Diploma Pengurusan Resort. Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk nilai kesukarelawanan, keprihatinan sosial serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk kerja-kerja menyediakan sudut ilmiah kepeda anak-anak panti asuhan satu ruang pembelajaran yang lebih kondusif. Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut dianjurkan seperti permainan “Red Light, Green Light”, bola pingpong dalam sudu, musical chair, perah air dalam botol serta acara memasak yang melibatkan penyertaan aktif kanak-kanak panti.
Program ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada komuniti setempat, malah turut membantu pelajar dalam memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Pengalaman ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang holistik, beretika dan peka terhadap keperluan masyarakat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya kepada pihak pengurusan Panti Asuhan Miftahul Hasanah iaitu Ust. Haji Marsapwan bin Abdul Wahab atas kerjasama yang diberikan serta para pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan program.